PARA SUAMI HATI2 KALAU STOKIN ETC ETC HILANG TAU..
Lebih 10 tahun kerja.. apa yang ada?
Simpanan Nie mudah disebut tapi sukar dilaksanakan. Cuba tanya diri dah berapa tahun kerja. 10 tahun? Lebih 10 tahun?
Cuba tengok simpanan ada berapa?
Tak ada?
Kalau ada rumah sedap juga hati kan?
Kalau rumah tak ada..saving tak ada.. tak rasa terkilan? 10 tahun kerja tak ada saving lansung..
Kereta? By year nilai kereta makin jatuh harga tetapi tidak salah pakai kereta mewah. Jika dah pakai kereta mewah sepatutnya saving lebih meriah! Bukan sampai belanja pun tersekat kerana perlu bayar loan yang tinggi setiap bulan.
Pada yang rasa tak terkilan tak mengapa.. tetapi satu hari pasti akan terbit rasa itu lebih-lebih lagi bila ada emergency yang sangat mendesak. Bila tengok semua akaun hanya memaparkan baki tak sampai rm100.
Cubalah simpan untuk diri sendiri RM50 sebulan.kalau rm50 sebulan pun sukar apakata cuba ketepikan duit2 syiling balik pasar tue dalam satu bekas. Bila penuh kira dan simpan. Kalau rm50 dari wang gaji pun kita tak mampu simpan dan perlu ketepikan duit syiling untuk saving maksudnya kita perlu bekukan duit tue dengan cara lain.solusinya EMAS.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Simpan memang berdikit-dikit.Kalau sedebuk itu namanya rejeki😛
Simpanan bukan hanya untuk diri kita. Kalau suami ada emergency kita sebagai isteri boleh bantu. Itulah konsep suami isteri. Kalau suami dah bayar rumah, dah bayar segala mak nenek bil takkan kita sanggup tengok suami susahkan?
Tapi kalau semua tanggungjawab kita yang buat, simpanan ini jadi "pertahanan" pula untuk kita. Hidup kita , kita sahaja yang tahu. Tak perlu orang lain menilai. Yang penting anak-anak tidak terkesan dengan apa pun puting beliung. Faham ke tak faham?
Bukan isteri sahaja perlu ada simpanan . Suami juga. Jika ada emergency tak perlu minta bantuan isteri. Kalau terdesak dah paras hidung takkan isteri tak bantu. Suami yang baik pasti isteri akan hulur bantuan.
Tapi kalau dua-dua takde simpanan camana pulak? Jangan sampai begitu.. bersiap sedia sebelum hujan.. orang tua dah bagitau awal-awal siapkan payung sebelum hujan.
Pilihlah "payung" yang sesuai.. Saya sejak kenal emas memang saving emas. Cash ada tetapi cuma untuk bayar segala bil, belanja dapur dan urusan anak-anak. Saya usahakan juga simpan di akaun GAP Public Gold walaupun sedikit setiap bulan. Ini bukan sahaja saving saya tapi reward saya hasil penat lelah saya bekerja dan mengurus anak-anak. Dah lama tak reward diri dengan handbag,tudung, kasut haha .. sebab dengan emas ia lebih bererti😍
Jika dah BTL apa yang anda rasa?
TAKDE POMPUAN YG SETUJU UNTUK BTL. KALAU DIA YG SENDIRI NAK BTL BERMAKSUD DIA DAH CUKUP TRAUMA DENGAN SEMUA YG JADI ..
ALLAH LEBIH TAHU DLM SETIAP KEPUTUSAN DAN APA YG BERLAKU. BTL NIE SATU "KEREHATAN" UNTUK PEREMPUAN YG TERTENTU . TAPIII EHEM BTL PUN BOLEH PREGGY JUGA HIHI..GOGGLE SENDIRILAH YE..
“Isteri xde masalah utk mengandung byk kali, tapi…”
Teringat saya satu kisah yg berlaku pada diri saya, back in 2014…Saya anak dah 3 sekarang, 2 perempuan, 1 lelaki…doktor kata dah cukup dah (faham x?)...kalau diikutkan diri sendiri, memg nak anak ramai, tapi kena fikir kemampuan isteri jgak...boleh atau tak boleh, keadaan dirinya mengizinkan atau tak mengizinkan utk dia mengandung lagi, beranak lagi...
Masa isteri nak melahirkan ank kedua, doctor panggil saya masuk labour room, doktor ckp uri terlekat di rahim...klu dia xdpt pisahkan uri dan rahim, maka dia akan buang rahim...keadaan ini berbahaya dan boleh menyebabkan maut, dia tak boleh tunggu lama2....boleh mengakibatkan pendarahan yg serius…
Doktor minta izin saya utk buang rahim isteri...
Isteri dah nangis2 dh, saya pun tahu sbb apa…kalau buang rahim, dia takkan boleh mengandung lagi dh...dia tak bleh bagi zuriat kat saya lagi dh...saya tgok isteri saya, saya plak rasa sebak, then saya ckp kat doktor, “Kalau ianya melibatkan nyawa, buanglah rahim tu doktor...saya nak isteri saya selamat...bab anak ni, cukup dgn apa yg dh ada, yg saya dh dapat, yg Allah dah bagi…sekurang2nya, saya dh ada anak drpd org yg xde lagi” mcm tu ja nk sedapkan hati saya, dan hati isteri…
“Jangan menangis, jangan pkir byk, abg terima seadanya diri ayg, abg cuma nak ayg selamat sahaja”
Selesai ja pembedahan, anak dah kluar, isteri pun kluar, doktor ckp kat saya, “Alhamdullilah, rahim isteri awk masih ada, uri dapat dipisahkan dari rahim…” Saya bersyukur sgt2, sbb isteri saya selamat…ini yg lebih penting…bab rahim tu, xpkir apa dh…
Skrg anak dh tiga, masa anak no 3 tu, doctor dah buat BTL (google sendiri)…potong terus dah…so, cukup setakat 3…ketiga2 anak keluar dgn kaedah Caesaran…Doktor ckp, perut isteri tu dh nipis, kat tempat luka dia tu, sbb tiga2 anak jarak dekat2 dan diorang potong tempat yg sama…bila doctor kata, ini jalan yg terbaik, maka saya ikut sbb saya sayangkan isteri saya, saya lebih perlukan dia didunia ni…kalau baik utk isteri, maka baiklah utk saya…apa yg saya nak tu, nak anak ramai2 tu, bgkus tepi, baling jauh2…keadaan dan kesihatan isteri lebih penting…
Mgkin jgak Allah uji saya mcm ni, nak tgok saya mampu terima takdir dan ketentuan DIA atau tidak, tentang apa yg saya nak dlm hidup ni...nak anak yg ramai ke, atau nak ada isteri yg sihat dan selamat…namun saya cukup2 bersyukur dgn apa yg saya dah ada, tak lebih, tak kurang, dah lengkap sebenarnya hidup saya…cukup sempurna dah...
Isteri ni, kebanyakkannya xde masalah utk nk mengandung berapa kali pun, as long as kita bertanggungjwb dgn apa yg kita buat...Jgn sekadar tahu buat anak sahaja tapi tak tahu jaga anak...Semoga bermanfaat utk semua yg membaca…anak tu tanggungjawab ibu dan bapa…bukan ibu sahaja…kena sama2 jaga...
Nasihat yg nie dah terlambatlah abang hihi
Ada jenis bahlol siap suruh anak beli rokok.
Terlajak biadap kau main hembus je rokok tu.
Persediaan tak ada air..
Siapa yg wajib jaga ibubapa bila sakit. Anak lelaki sahajakah?
Ada orang minta saya tuliskan isu soal siapa yang patut jaga ibu bapa ini, anak lelaki atau perempuan. Terus teringat saya pernah membaca suatu artikel berkaitan isu ini dahulu.
Selepas dicari semula, nah, itu jawapannya.
Terima kasih kepada penulis asal Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria atas ilmunya.
-----------
SIAPA YG WAJIB MENJAGA BILA IBU BAPA SAKIT?
BISMILLAH...
Hukum berbuat baik anak2 terhadap ibu bapa samada ibu bapa kandung/mertua/angkat/tiri/susuan adalah terletak di atas bahu anak2 perempuan & anak2 lelaki.
Ada pun hukum menjaga ibu bapa yg sakit yakni ibu bapa kandung adalah terletak atas bahu anak2 perempuan dan anak2 lelaki.Tidak ada sesiapa yg terlepas sekalipun perempuan itu telah berkahwin,maka jika sakit,semua anak2 bertanggungjawab berbakti pada ibu ayah yg melahirkannya samada dia anak perempuan atau anak lelaki,telah berkahwin atau pun belum.
Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan dan tidak benar anak perempuan terlepas dari menjaga ibu bapa yg sakit. Disebabkan anak lelaki sahaja yg disebut 'wajib' menjaga ibu ayah yg sakit,maka tugasan itu seterusnya diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya.Ini sama sekali tidak benar.
Seandainya yg sakit itu ialah ibu bapa kandung isteri,maka isteri berhajat menjaganya,suami tidak boleh menghalang,bahkan suami tersebut perlu sama membantu dan menyediakan kemudahan untuk sama2 menjaga.
Hal ini kerana apabila seorang perempuan berkahwin ,dirinya dan segala yg dibawanya adalah di bawah tanggungjawab suaminya termasuk nafkah ibu bapa isteri( jika mereka org susah/ perubatan) perlu ditanggung menantu lelaki tadi menurut kemampuannya.
Justeru tidaklah perlu dikhuatiri ibu bapa yg ada anak2 perempuan sahaja,maka anak2 perempuan tadi akan ikut suami lalu ibu bapa yg tua ini akan terabai.Kerana menantu lelaki tadi wajib bertanggungjawab penuh atas kedua ibu bapa isterinya.Di sinilah pembelaan Allah terhadap semua ibu bapa dan tidak terkecuali samada ia ibu bapa kandung atau pun ibu bapa mertua.
Setiap anak sama2 semua membantu tetapi bantuan itu tak semestinya sama.Ada yg terlebih senang,maka berilah lebih.Ada adik beradik yg susah ,jgn ditambah susah mereka.Begitu juga tugas menjaga ibu bapa yg sakit.Ada yg senang wang ringgit,tapi masa dan komitmennya tinggi,berjauhan,maka yg kurang komitmen atau berdekatan ibu ayah,bolehlah menjaga org tua yg sakit dan yg berjauhan tetap boleh menjenguk dan berbakti mengambil alih bila pulang bercuti/ dibawa ibu ayah tinggal bersama melihat kepada kesesuaian dan kesanggupan( ada ibu ayah yg x mahu tinggalkan rumah mereka )
Jika suami menghalang isteri menjaga ibu bapanya yg sakit,bermakna suami telah memerintahkan isteri berbuat maksiat yakni memutuskan hubungan ibu ayah dan anak dan hukumnya haram.Bahkan suami sendiri telah berbuat maksiat kerana tidak berbuat baik pada ibu bapa mertuanya.
Begitu juga isteri yg menghalang suami menjaga ibu bapanya yg sakit,maka hukumnya haram dan isteri tersebut berbuat dosa.
Ada pun untuk menantu perempuan,tidak diwajibkan menjaga ibu bapa suami yg sakit.Bahkan suami yg wajib menjaganya.Boleh berbincang dgn isteri jika dia mampu membantu dan beri upah kepada isteri menjaga ibu bapa yg sakit bagi pihak suami hatta jika isterinya suri rumah sekalipun.Upah ini dgn kata lain,duit lebih untuk isteri yg mana wajib diberikan upah jika suami memerintahkan isteri berbuat demikian melainkan isteri redho dan berlapang dada.
Atau jika suami mampu,maka sediakan pembantu meringankan tugasan isteri(saudara mara/ adik beradik yg lain sentiasa dtg membantu juga dikira sebagai pembantu).Jgnlah kita melabel menantu yg menolak menjaga ibu bapa mertuanya yg sakit adalah menantu yg tidak baik,tetapi inilah hukum asasnya di sisi Allah.
Adapun jika isteri tadi sedia menjaga menantunya yg sakit,maka pahala besar buatnya di atas kesabarannya yg tinggi.Jgn pula dimarah2 isteri jika dia penat,dan jangan pula diarah itu ini ,diherdik sesuka hati dan terus meletakkan isteri tadi dalam tekanan emosi.Justeru berlemah lembutlah dgn isteri,lihatlah kemampuan isteri,bertanyalah kesediaanya dgn penuh hikmah ,sediakanlah segala keperluan ,jgnlah berkira dgnnya dan hargailah bantuannya.Janganlah hanya tahu memerintah isteri sedangkan perintah itu membebankan tanpa ada sifat belas dan tolak ansur.Begitu juga dgn anak2 perempuan yg lain wajib sama2 turut serta menjaga ibu kandung yg sakit.
Adalah sgt pelik untuk kita tidak mahu menjaga ibu bapa kita yg telah tua apatah lagi jika mereka sakit.Amatlah pelik juga jika ada suami yg menghalang untuk isteri memberi belanja kepada ibu bapa isteri dgn alasan duit itu perlu disimpan untuk bantu suami.Atau suami yg kedekut dgn ibu bapa mertuanya dan berkira2 menjaga ketika ibu bapa mertua itu sakit.
Kerana hiraki membezakan ibu bapa kandung & ibu bapa mertua ini ( tanpa dalil yg sahih dari Quran/ Nabi ), kita telah menjadi pecah belah & bertelagah,berkira2,cemburu serta meragut sifat kasih syg mukmin yg sebenar.
#Semuanya bergantung kepada muafakat & jgnlah kita berbuat hukum bukan2 kerana adat & tradisi & jgnlah kita mudah melabel seseorang itu salah
# Apabila kita diuji dgn menjaga ibu bapa yg sakit perlulah persiapan mental dan emosi yg rapi, keperluan2 dan tempat tidur yg selesa.Jangan sekadar mahu menjaga,tetapi keselesaan tidak diberi ,malah setiap hari pelbagai hamburan kita keluarkan kepada ibu & bapa yg sakit
#kupasan perbincangan ini panjang.Perlulah berguru dan faham sehabis baik dan jgn sebarkan hanya dengan sepatah dua penerangan.
Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria
Anak syurga itu umpama kisah anakku.. ibu itu umpama diriku. Berilah kami kekuatan
Saya ada save blognya di muka depan HP tapi takde kekuatan nak baca..saya cuma baca sikit2 je sebab tak kuat hati nak baca
Dekat setahun juga save blog nya kat HP





Happy birthday to me 13/10/18 (38 tahun)
Angah, jom besday ko ada belanja makan. Nak makan mana?
Haha.. best nie org nak bagi birthday treat. Tapi walaupun untuk besday kami berpusing2 carik tempat makan untuk sesuaikan dgn anak2. Dah nie besday treat mak ke anak? Kalau tak besday pun mcm nielah kami.keselesan anak-anak kecik diutamakan dulu.
"Tak boleh situ ngah padat.. tak boleh situ bla bla bla"
Terima kasih untuk ucapan dan doa-doa yang baik-baik dari semua..sangat hargainya😍
Dah makin meningkat usia nie nak hidup dengan tenang, nak selesaikan hutang dengan segera, rasa cukup dengan apa yang ada, melihat anak-anak membesar dengan baik, ukhuwah dgn keluarga,sahabat dan jiran terjaga, bekerja dengan tenang dan seronok.
Saya tak perlukan sinetron di keliling saya. Nak buat sinetron ke drama Hindustan ke terpulang. Hidup nie memang pentas drama tapi saya nie dah veteran saya pandang dan lihat sahaja. Dari dulu saya memang suka melihat dan bukan saya tak tahu apa yg berlaku. Asalkan anak2 dengan saya walauapa pun jadi dah cukup.mudah je hidup nie set your prioriti. Yang lain letak tepi.
Sebagai ibu saya nak anak saya lihat saya sebagai idola mereka. Satu hari nanti saya nak anak-anak cakap "nak jadi ibu macam mama atau cari isteri mcm mama.mama jaga kami dengan semua kuderat yang mama ada.mama berkorban apa yg mama ada.
mungkin saya bukan idola anak-anak dari segi akademik sebab saya dah tak ada minat nak sambung master atau phd. Cukuplah degree sahaja. Saya berpuas hati dengan kerjaya saya. Dulu mungkin saya ada impian yang tinggi untuk akademik dan kerjaya tapi sekarang impian tue dah bertukar dengan masa dan keadaan yang berlaku.Saya nak tambah ilmu agama.hadir ilmu agama.sekarang pun agak terbatas sebab anak-anak masih kecil. Dapat seminggu sekali ke majlis habib zenal pun dah cukup mengembirakan saya. One fine day insya Allah saya boleh kerap hadir macam2 majlis ilmu.sekarang selalu tgok di YouTube sahaja.
Saya nak anak-anak tahu ibu mereka melayu dan Islam. Jangan sampai anak-anak confuse tentang agama mereka. ibu adalah madrasah pertama anak dan ayah adalah mudirnya.. kita tak akan capai taraf sempurna tetapi berusaha ke arah itu.
Alhamdulillah saya ada keluarga kecil yg makin tenang, saya ada makayah dan mertua yg sentiasa membantu dan menyokong, adik-beradik yg memahami, sahabat yang setia walau tidak berjumpa, rakan-rakan yang membantu, jiran kiri dan kanan yang baik, kerjaya yang stabil dan kecukupan dari rezeki..
NIKMAT MANA YANG INGIN KAU DUSTAKAN
Senang sahaja. Saya kini berdikari.lebih suka jalan sendiri.Peace no war
Untuk diri saya senang sahaja.. sejak Khairy lahir saya lebih berdikari.saya senang jalan sendiri. Anak-anak akan berderet2 ikut saya keana-mana. Walau semua perangai macam-macam.lantaklah saya angkut je .. diorang buat hal siaplah sorang-sorang saya marah. Orang nak pandang kita macam mak tiri? Pedulikan.orang nak record saya marah anak-anak bila bawak diorang berjalan sebab kenakalan diorang? Pedulikan(aku doa sampai masa korang kena record lagi dahsyat haha)
Anak-anak tak kisah apa pun gaya mak diorang Nie asalkan mak diorang bawak diorang keluar. Adik2 saya pun selalu teman saya.kami akan rancang sesama bila nak keluar.anak2 tak kisah pun papa diorang tak ikut sekarang Nie.. diorang akan cakap "takpe nanti dengan papa kita keluar sama2 bila masuk hutan" haha
Lelaki memang serabut nak keluar pergi tempat-tempat mcm Nie.lagi kalau anak dah berderet2.. jadi dari bermasam muka. Saya amik jalan tengah.saya keluar dgn anak2 sahaja. Kalau nak beli barang dan saya kena memilih2. Saya cuti dan beli barang sendiri.
PEACE NO WAR.
Setel masalah. Letih asik nak bergaduh.banyak lagi benda nak gaduh kan? Kalau hal shopping pun blh gaduh jangan pergi..pergi tempat yg tak gaduh.. pegi makan tak gaduhkan? Haha pergi tempat makan.. tapi pergi hutan memang takde gaduh..tengok hijau2.. tak sesak..org pun tak padat.. semua seronok ketawa gembira. Takde rushing.. bila nak pergi hutan lagi nie bang oiii? Haha
Lama2 dah kawin makin kita faham perangai pasangan..jadi jangan ajak tempat dia tak suka.. kalau kita suka kita pergi sendiri je..kalau dia rasa nak ikut..ikutlah..tak nak ikut ramai lagi berderet nak ikut... Hadoiii so serabut hahaha.. happy sgt tgok anak2 ketawa..
--------------------------++++++++-----------------------
Ada yang bertanya "Kau tak pernah bergaduh ke dengan isteri engkau?" Bohonglah kalau saya kata tak.
Beberapa tahun lepas, isteri mengajak saya pergi ke Mid Valley. Ada Baby Fair katanya. Saya yang free time tu, mengikut aje.
Siap berkemas kami bertolak.
Dalam pukul 10.00 lebih, kami sampai. Namun, kelihatan sudah banyak kereta yang beratur untuk memenuhi ruangan parking disediakan. Alhamdulillah, nasib kami baik. Kami dapat parking betul-betul berhampiran lif. Saya keluarkan stroller kakak, ambil gambar parking dan terus naik ke tingkat atas.
Sampai di atas, orang ramai telah pun membanjiri tapak festival. Saya yang jenis tak suka berada di tempat yang crowded, terasa rimas. Tetapi bila mengenangkan isteri yang sudah 7 bulan memboyot, saya butakan mata dan pekakkan telinga. Lautan manusia saya redah jua.
10 minit berlalu saya masih di situ. Berdiri dan bertahan memilih baju untuk anak yang bakal dilahirkan. Tapi bila masuk minit yang ke seterusnya, saya surrender. Dengan kakak yang dah boring dalam stroller, saya volunteerkan diri untuk menjaganya.
Saya bawa kakak pusing-pusing di ruang legar aras berkenaan. Kakak yang suka explore ni, meronta-ronta minta dilepaskan. Ok fine.
"Didi buka belt kakak tapi kakak kena janji, kakak kena behave ok?"
"K.." Jawabnya ringkas mengambil suku kata belakang.
Budak-budak kan, mana diorang kisah pasal janji. Bila kita lepas je, ke hulu ke hilir dia lari. Apa yang boleh saya buat hanyalah bersabar dan kejar. Aduhai..
Dari minit ke-11 saya tinggalkan isteri, membawa kepada 1 jam. Namun, bilangan pengunjung tidak menampakkan bakal berkurang.
"Dah lama sangat ni. Jom kakak. Kita pergi kat Ummi" kata saya sambil menarik tangannya.
Saya dukung kakak yang masih ingin berlari. Sebelah tangan lagi saya gunakan untuk menolak stroller. Beg yang tergantung pada handlenya, membuatkan perjalanan saya terhoyong-hayang. Ke kiri dan ke kanan. Sungguh mencabar.
Sekali lagi, berasakkan dengan pengunjung lain, saya gagahkan diri, membelah masuk berjumpa isteri.
"Dah ke Sayang..?" Soal saya sebaik berjumpanya.
"Yang ni je Abang''
Tunjuk dia pada saya akan beberapa pasang baju.
"Pampers new born belum beli lagi ni. Camne ye Bang..?"
Saya yang dah mula bosan, cepat-cepat ingin keluar dari situ.
"Kita cari kat lain je lah. Sini ramai orang sangatlah. Kakak pulak taknak duduk diam. Penat Abang kejar dia" Lapor saya meminta simpati.
"Ok lah. Kejap ye. Saya nak bayar"
Dalam masa menunggu tu, kakak ternampak budak-budak memegang belon free. Dia nak jugak. Berhempas pulaslah saya mencari kat mana nak dapatkan belon tu. Takpelah. Asal awak duduk diam, Didi pergi cari.
Selesai isteri membuat pembayaran, saya terus tolak stroller menuju ke pintu keluar. Tapi dia mengajak saya untuk tawaf terlebih dahulu, melawat booth-booth yang berada di dalam sebelum keluar.
"Dengan ribuan orang yang membanjir ni, awak nak redah masuk jugak..? Tak payahlah!"
"Tapi Bang, alang-alang kita dah sampai kita masuk je la kejap. Pastu, kita balik lah"
Saya diam.
Membisu.
Tak kata apa.
Selang beberapa saat, sambil memegang kening, saya menghela nafas panjang.
"MHuhhhhhh.."
Dia faham dan tahu yang saya dah takda mood.
"Abang selalu macam ni. Dah lah! Jom lah balik!"
Helaan saya membantutkan kemahuannya. Dia bertindak spontan. Menarik handle stroller dari tangan saya lalu ditolaknya tanpa menghiraukan saya. Dia keluar. Saya pun keluar. Dia bengang. Saya lagi bengang.
Keadaan itu membuatkan saya panas. Rimas dan nak marah. Tapi semua tu saya tahan. Saya hanya membontotinya dari belakang. Saya biarkan dia menolak stroller tu sendirian.
Dengan keadaannya yang sarat mengandung, dia memimpin tangan kakak. Barang-barang baby, handbag dan beg anak diletakkan dalam stroller. Kesian. Memang kesian. Tapi hembusan syaitan itu terlebih dahulu menyemarakkan api kemarahan saya daripada memberikan ihsan terhadapnya. Biarkan.
Dia berjalan menuju lif. Ditekannya button down dan kami ke AEON.
Setibanya di AEON, saya tinggalkan mereka berdua. Tanpa memberitahu ke mana saya hendak pergi, saya hanya pergi. Ketika itulah, bisikan syaitan galak bersuara dalam hati.
"Jika dia masih berkeras, kau tinggalkan aje dia. Biarkan dia balik naik teksi. Padan muka!"
Saya memang pergi. Membawa kaki tak tahu ke mana tuju. Akhirnya saya ke surau, bertenang di bangku luarnya sambil kepala bersandar di dinding. Saya dongakkan kepala dan pejamkan mata. Dan mulut pula mula melafazkan kata-kata, memohon ampun dan bantuan dari-Nya.
"Astarghfirullah..
Astarghfirullah..
Astarghfirullah.."
Perlahan-lahan air mata saya mengalir. Sedih. Sayu. Pilu. Hati saya begitu tersentuh mengenangkan isteri yang sukar memahami saya.
Pada masa itu, entah kenapa tiba-tiba terlintas pada fikiran saya kisah Mahatma Gandhi yang menghukum dirinya dek kerana anaknya yang tidak menepati janji. Dia merasakan dirinya adalah seorang ayah yang gagal apabila anaknya tidak menjadi manusia sejati.
Allah..!! Kisah itu terpalit pada diri saya. Sayalah yang bertanggungjawab menjadikan isteri saya sebegitu. Mungkin cara saya mentarbiahnya belum sempurna. Semua itu tadi adalah salah saya dan bukan silap dia.
Sejenak selepas itu, saya berfikir untuk mencari dia. Tetapi ego lelaki ini belum bersedia untuk tunduk mengakui kekhilafan sendiri.
Setelah sedikit tenang, saya keluar. Berjalan menghampiri dinding kaca yang bawahnya terdapat escalator. Tatkala memerhati gelagat seorang demi seorang yang lalu lalang, pandangan saya tertumpu pada sepasang suami isteri yang mempunyai dua orang cahaya mata.
Si suami mendukung anak sulung yang telah lena di bahunya. Manakala si ibu memegang adiknya yang bulat pipinya.
Saya teringat kakak.
Tak semena selepas itu, saya terdengar satu suara memanggil kuat nama saya.
"Didi..!!"
Saya menoleh ke belakang. Tapi kelibat kakak tidak kelihatan. Ya Allah.. Perasaan rindu terhadapnya terus menyelubungi diri disertakan rasa bersalah terhadap isteri.
"Syahadi, apa yang telah kau buat ni.." Rintih saya separuh menangis.
Saya seluk saku seluar. Mencari iPhone untuk menghubungi isteri.
"Ciss, masa ni pulak kau nak habis bateri. Macam mana ni?"
Saya buntu. Nafas sekali lagi saya tarik dalam-dalam. Bertenang. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menunggu mereka sekitar 5 minit lagi. Jika tiada, saya akan berlari berkejar menuju kereta.
Setiap mereka yang lalu di hadapan saya, saya scan. Saya fokuskan mata hanya kepada dua warna. Merah dan turqoise. Ya. Itulah warna baju yang dipakai oleh kakak dan isteri.
"Bukan. Bukan. Bukan. Tu pun bukan. Yang tu pun bukan. Hahhh.. Tu kat sana. Alah.. pun bukan jugak"
Melilau saya mencari keduanya. Namun semuanya hampa. Pabila saya ingin memulakan langkah larian, seolah datang satu ilham mengarahkan saya untuk berpaling ke belakang sekali lagi. Dan ketika itulah, saya ternampak susuk tubuh isteri sedang termengah-mengah menolak stroller bersama kakak yang sedang berehat di dalamnya. Allah.. Nak nangis saya rasa masa tu.
Saya segera mendapatkan mereka. Perasaan ego tadi saya buang jauh-jauh. Biar dia pergi bersama serpihan-serpihan masa yang berlalu.
Saya ambil stroller dari tangan isteri. Saya galas handbag yang tersandang di bahunya. Saya pegang barang-barang yang dibimbitnya. Lalu dia menyuakan straw air coffee latte ke mulut saya. Saya minum. Selepas itu, kami berjalan bersama-sama dengan tangannya memaut erat lengan saya, seolah tiada apa yang berlaku. Oh bahagianya saya rasa.
Kami berjalan menuju bawah. Mencari kerusi untuk berehat dan ruang legar untuk kakak bermain. Di situ juga kami makan roti dan menghabiskan baki-baki air yang masih tersisa.
"Abang, jom balik" dia bersuara.
Saya masih diam. Tetapi saya hanya menjawab melalui perbuatan. Saya dapatkan kakak dan letakkan dia kembali di stroller.
Saya tolak stroller menuju escalator. Isteri yang sedang mengikut di belakang, menyangka saya akan ke mesin parking untuk membuat pembayaran. Tetapi nyata, jangkaannya silap. Saya sebaliknya menolak stroller untuk naik ke tingkat atas kembali.
"Jom, kita pergi cari pampers baby"
Dia terkejut.
Tengok, perancangan Allah kan. Cantik Dia aturkan segalanya. Saya yang tadinya dah tak sabar-sabar nak balik, kini menjadi orang pertama yang ingin membeli pampers baby.
Saya redah masuk sekali lagi. Alhamdulillah, kami dapat beli 2 beg pampers dengan harga diskaun lagi. Keluar tu, saya nampak ada pertunjukkan Transfomers kat bawah. Saya bawa kakak ke sana. Dia happy. Saya happy. Dan isteri pun happy.
Selesai semuanya, barulah kami berangkat pulang.
Dalam kereta, isteri dan kakak tertidur keletihan. Saya memandang sayu wajahnya. Dalam perlahan saya bisikkan perkataan
"Maafkan Abang Sayang. Abang terlalu berkasar dengan awak. Semua tu tadi adalah salah Abang. Abang tak sepatutnya buat begitu. Abang minta maaf"
Saya ambil tangannya lalu saya genggam erat. Bersama-sama perasaan cinta, saya kucup tangannya yang pernah berkorban nyawa buat saya. Setelah lampu isyarat bertukar warna, laju saya membawa keduanya menuju destinasi cinta.
** Pesanan buat suami : Belajarlah mengawal amarah terhadap isterimu. Lumrah isteri akalnya satu. Sekiranya amarah menguasai diri, bertenanglah. Carilah masa seketika untuk berfikir dan merungkai amarah itu.
Pesanan buat isteri : Belajarlah untuk memahami suami. Andai ada rasa tidak senang tersimpan di hati, bertuturlah dengan suara keibuan sejati.
Buat suami dan isteri : Andai berlakunya pertelingkahan, elakkan bermasam muka berjam-jam lamanya. Ambillah masa untuk menenangkan hati. Apabila sejuk kembali, sapalah pasangan dengan kemaafan dan anggaplah seolah tiada apa yang berlaku sebelumnya. Itu adalah lebih baik untuk keharmonian rumah tangga bersama.
kisah benar dari Karyawan Bisu
Ekstrak Kacip Fatimah UTM dan free gift Dr Zubaidi
24 jam
Jika ditanya bagaimana nak jaga masa 24 jam menjadi efektif dan teratur?
Pertama, kau kena jaga solat dengan wuduk yang sempurna. Solat 5 waktu bagi lelaki mesti di masjid, ini lah 'mindset' pertama dan utama yang mesti kau mujahadahkan. Jika dipejabat ada surau, usahakan solat awal, ajak rakan lain dan solat jemaah. Jangan leka dengan meeting yang meleret-leret, apatah lagi kau sedang bincang hal dakwah dan umat, tapi kau gagal sempurnakan hak Allah. Mana ada yang lebih utama daripada menyahut seruan azan. Solat adalah tiang agama, tiang yang mengukuhkan segala perkara, jiwa, rohani dan jasad.
Kedua, sempurnakan hak ibubapa, isteri dan anak-anak. Ini adalah prioriti yang utama. Cuba layan group whatsapp family. Minta maaf dengan ibu ayah, minta redha dan gembirakan mereka. Bila Allah redha, banyak perkara 'ajaib' yang akan berlaku.
Ketiga, zikir pagi petang dan doa ilham dari Allah. Pergantungan inilah yang selalu kita gagal amal dan semaikan. Elemen rasa kewujudan Allah tidak kukuh. Kita hanya bergantung pada jadual ciptaan kita, dengan harapan masa kita terjaga. Berapa ramai orang yang susun jadualnya setiap hari tapi masih gagal laksanakan semuanya, kerana semuanya adalah atas kehendak Allah. Maka sebab itulah kita mencari keberkatan. Sedikit masa tetapi apabila berkat rasa lapang dan dimudahkan. Tetapi ia tidak bermakna tidak boleh membuat jadual harian, bahkan itu baik, cuma pergantungan hati itu mesti pada Allah!
Keempat, jagalah Allah, Allah akan jaga keseluruhan hidup kita. Hidup ini untuk dapat redha Allah bukan redha manusia. Jika kita mengatakan dunia umpama ladang, maka bajailah ladang itu dengan baik, semai penuh rasa kesyukuran. Apa yang kita baja dan usahakan itulah kita akan dapat diakhirat kelak.
Saya juga masih mujahadah, moga Allah beri taufiq dan inaayah Nya.
Perjalanan amirul arief
Selamat pagi semua
Hari ini beberapa jam tak layan kerenah anak dan kerenah rumah😂
Tau tak kerenah rumah tue apa?
Sapu dalam, sapu luar,sidai kain, kemas dapur, masak eh mcm2 lagi nanti penuh siap ada list berulang2..
Alhamdulillah semalam dah selesai urusan Arief dan mak
Mak punya mudah sahaja renew passport
Arief lama sikit sebab pertama kali buat passport
Masa nak ambil gambar bukan Arief je sibuk nak ambil gambar; si Khairy dengan Adam pun sibuk sekali
Alhamdulillah penyabar pegawai imigresen stesen bus Kajang di jalan Reko tue..
Kiranya proses cepat ..kami datang pukul 9++ siap sebelum jam 12tengahari
Dah 2x datang sini memang urusan cepat dan mudah
Masa buat passport nie makin sedar mak kita semakin tua.. mak boleh lupa yang mak dan Khairy pernah buat passport di sini.. mak cuma ingat buat passport di town kajang..bukan di sini di jalan Reko.
puas saya ingatkan..tapi mak tak ingat langsung.. kenangan berbelas tahun yg lepas mak ingat..tapi yg baru 3 tahun lepas mak dah tak ingat
Semoga dipermudahkan perjalanan Arief menemani nenek dan mak toknya. Auntie2 doakan Arief juga ye.. Risau sungguh budak melompat nie nak dilepaskan jalan jauh😂
Next kena injection
Next kena sunat
Hahahaha..mak mampu gelak jelah
Perjalanan menjadi dewasa
Semua kena lalui jugak kan?
Ayat last tue kelakar
Pertanyaan wajib tiap2 ari bila blk keje, "ayg, pagi tadi p pasar habis brapa ringgit...?"
40 bang..."Dalam beg tggal lagi brapa?"...30 lagi...ambik beg duit isteri, topup lagi 50...Esok2 balik tanya lagi, duit kurang, kita topup...bukan nk bgtau yg kita ni byk duit, tapi itu tanggungjawab suami...duit yg dia habiskan tu, semua utk belikan brg2 utk dia nak masak...bg mkn minum ni termasuk dlm tanggungjawab suami...
Pastu, buka mesin basuh, tgok ada baju..."ayg, ada dak lagi baju kotor yg nak basuh..."...dia ambik, buh dlm mesin...kita pun masukkan air, masukkan sabun, biarlah mesin tu jalan sendiri...siap ja basuh, kita buh dlm bakul..."abg, tggal la, esok ayg sidai..."... Xpe, keje abg, abg sidai, jap je ni...keje suami gak ni...
Ujung2 minggu, tanya bini "umah dah sapu ke yg?" Dah...dua ari lepas..."Ok, abg sapu lagi..." Jumpa la rambut dia, bergumpal2..."Ayg, meh nak tgok kepala..." Dia pun mai..."Kenapa bang?" Saja, abg jumpa byk rambut bila abg menyapu umh, abg takut ayg dah botak je...sapu umah, mop umah, cuci kipas, lap almari...bini jaga anak, kita buat keje2 umah...
Ini antara tanggungjawab seorang suami dlm rumahtangga...jgn bersikap lepas tgn dan menganggap ini tanggungjawab dan tugas seorang isteri...Rasulullah s.a.w pun byk membantu isteri2nya dlm melakukan keje2 umah apabila baginda ada masa lapang...sunnah ni, jarang suami2 nak ikut, tp klu sembang bab poligami, terangkat bontot nak ikut...tepuk dada tanya diri sendiri la ye sama ada kita dah buat belum tanggungjawab2 ni...
Pandai dia rolling rm supaya semua rasa bahagia
"Nak jadi isteri yg baik atau anak yg baik"
Zaman sekarang ni, zaman duit...org tua kita pun nk guna duit...dgn umurnya yg makin meningkat tu, apa kerja yg dia boleh dan mampu utk buat? Keterbatasan tu yg membuatkan dia mengharapkan duit dari anak2nya...klu kita ni anak lelaki, ok lg, xde masalah nak bagi, tapi anak perempuan yg dah jadi isteri org...mcm mana?
Dan suami plak nk dia jadi surirumah...
Maka, sumber kewangan isteri hanyalah suami...dan mcm mna dia nk bantu org tuanya? Maka disini gunanya peranan suami a.k.a menantu...kita perlu faham situasi ni, isteri nk bg duit kat org tuanya, tp disebabkan dia faham kekangan kewangan kita, dia diamkan...dia kumpul sikit2 duit belanja yg kita bg tu, lpas 2,3 bulan, bru bleh bg kat org tuanya...itupun cuma beberapa ringgit shja..
Saya juga berada di situasi diatas dan saya tak jadi miskin bila saya buat mcm ni...apa yg saya buat? Balik umh mertua, smpai2 je, trus masuk dapur...buka peti ais dia dan tgok kat rak dia...scan tgok apa yg xde, apa yg nk kena beli...
Start keta, kluar p beli...hbis la 300-400...gula 5 paket, beras 10kg 2 kampit, minyak masak 2,3 botol, sos2 smua botol besar, serbuk pencuci, colgate dan sebagainya..beli dgn harapan tahan 2 bulan at least, sebelum blk lagi sekali...smua keperluan asas saya belikan, buat stok siap2...
Then bwk la mertua keluar mkn kfc, pizza hut, mkn western dan sebagainya...duit ada ke? Xde pun...itu semua duit yg nak guna bayar ansuran kereta tp gunakan dlu utk mertua...duit keta skip sebulan, next month cover blk...mcm tu la jgak klu nk bwk mertua bercuti...mesti skip mna2 komitmen...tp cover blk pd bulan berikutnya...
Alhamdulillah, lama dah amalkan, dan tak pernah jatuh miskin lagi bahkan rezeki tu lagi mencurah2...apa saja pemberian pd mertua, smua dianggap sbgai sedekah...dan sebaik2 sedekah itu adalah pada ahli keluarga sendiri.Saya nak kaya, jadi saya kena perbanyakkan lg sedekah la kan...bila isteri buat keputusan utk ikut ckp suami, jadi surirumah, maka suami kena faham yg isteri pun nk bantu org tuanya...suami cuba bantu utk pihak isteri...Allah akan bls berganda2 akan apa saja bantuan kita tu...jangan risau...
Siapa nak jadi isteri derhaka?
Awak nak jadi isteri derhaka?
Siapa yg nak jadi isteri derhaka? Xde mana2 isteri yg nak tempah tiket utk masuk neraka, semua nak jadi isteri yg baik, nak masuk syurga…tapi kadang2, sikap dan perangai seorang suami tu yg membuatkan isteri jadi derhaka…
Sikap yg macam mana? Xkan nak kena terang kot, awak suami, kena la tahu…cara awak menggauli dan melayani isteri tu yg akan membentuk diri seorang isteri…boleh jadi dia derhaka sbb hari2 kena tengking, hari2 kena maki, hari2 tgok suami dia bergelak ketawa dgn skandal suami, suami xbagi nafkah, selalu xambik peduli hal rumah, selalu kluar rumah tggal dia dgn anak2 dan hak2 dirinya sebagai seorang isteri itu tak dipenuhi…
Sikap suami tu yg sebenarnya akan membuatkan isteri jadi derhaka…suami yg layan isterinya dgn baik, dgn makruf, dgn adil, takde masalah begini…
Isteri juga manusia, tahap kesabaran isteri sebagai manusia ni xtggi manapun, dia akan bersabar selagi boleh bersabar, dia akan cuba pendam dan diam, tapi smpai bila? Akan ada masa semua yg dia simpan, yg dia pendam tu keluar dr mulut dia…dan bila keluar, kita kata dia isteri derhaka…dia jgak yg salah...
Adil ke?
Berpura2 sehingga kita lupa ia satu kepura2an. Jadi kura2? Erkk
Berpura-pura segalanya baik-baik saja padahal sebenarnya sedang ada masalah...
Berpura-pura itu bermaksud apa yg dituturnya, apa yg dibuatnya tidak seperti apa yg dirasainya, apa yg dikehendakinya...apa yg ditunjukkan itu tidak sama seperti apa yg dia mahukan…dia meletakkan satu topeng dimukanya, dia kelihatan senyum, tapi dlmnya dia menangis, dia tunjuk gembira, tapi hakikatnya dia derita, dia kata dia redha tapi sebenarnya dia berputus asa…
Kepura-puraan ni boleh terjadi apabila berlaku pergaduhan yg besar atau slh faham yg berpanjangan akibat ketidakmampuan untuk jujur dan berterus terang tentang apa yg berlaku dibelakang pasangan dan sejak itu, suasana hubungan itu sudah mulai berubah…
Dingin antara dirinya dan pasangan…bercakap hanya bila perlu…layan sekadar menunaikan kewajipan…selagi “status” itu masih dipegangnya…
Org yg berpura-pura ni selalunya dia bertahan sebab kasihan, sebab anak2…cinta dan sayang tu dah pudar dgn apa yg dah terjadi dlm hubungan tu…Susah untuk merasai bahagia jika dalam sebuah hubungan cuma ada kepura-puraan…sebab ada “keterpaksaan” dlm setiap perbuatan dan tiada keikhlasan…nasihat saya, berpura-puralah sehingga kita lupa bahawa kita sedang berpura-pura…dgn harapan lama kelamaan, hubungan itu akan pulih seperti sediakala…InsyaAllah...
Dari suami kepada suami
Saat kita menjadi suami...
Saat kita menjadi seorang suami, kita diberikan satu amanah, iaitu utk bertanggungjawab terhadap isteri kita...byk tanggungjawab yg kita perlu pikul, perlu galas dan ianya bukan tugas yg mudah...
Kita juga akan dipertanggungjawabkan utk apa yg terjadi kpd isteri, kepada rumahtangga tu...Allah akan tanya kita kelak...
Sekarang mgkin kita rasa kita boleh buat apa yg kita nak, apa yg kita suka...kita nak bagi nafkah, kita bagi...kita xnak bg, kita buat xtau...hak2 seorang isteri, kita xnak penuhi...kita rasa nak mesej perempuan lain, berskandal dgn perempuan lain, kita buat...isteri larang kita xnk dgr...kita sanggup bela maksiat tu lagi dari dgr nasihat...kita menyakiti hati isteri, kita tak memahami diri isteri...kita buat isteri mcm hamba abdi...
Takpa, ini dunia, didunia boleh la TAPI setiap perbuatan yg kita buat tu ada balasannya...klu buat baik, insyaAllah baiklah ganjarannya...klu buat jahat? Azab, seksa dan ujian yg akan menanti kita sebagai suami ni...jgn ingat kita boleh terlepas walau seinci pun...
Ada suami yg bila gaji masuk, keesokan harinya dah rasa tak cukup....ada suami yg motor, kereta selalu rosak....ada suami yg di tempat keje, selalu tertekan, keje byk, gaji susah nak naik, bos selalu marah...
"Ketenangan" tu xde utk suami yg tak memenuhi hak seorang isteri...tak melayani isteri dgn baik...
Manakala suami yg mengutamakan isteri, tak berkira dgn isteri, selalu tolong isteri buat keje2 umah, selalu dgr nasihat dan teguran isteri, dia hargai isterinya, hidupnya sentiasa tenang...rezekinya selalu murah, mencurah2...gaji sentiasa cukup, motor kereta jarang rosak, gaji selalu naik dan jarang rasa tertekan...ketenangan itu yg smua org nak...
Saat kita keluar rumah mencari rezeki, saat itulah doa seorang isteri mengiringi perjalanan kita...dari pagi hingga petang...dari keluar sampai pulang...jgn meremehkan doa seorang isteri, doanya tiada hijab sbb dia juga seorang ibu...direct to Allah...dan rezeki bukan sekadar wang ringgit...kesihatan yg baik, ketenangan hati, urusan dipermudahkan itu smua rezeki...
Maka, berbuat baiklah pada isteri, penuhilah hak2 isteri dan hargailah isteri...kita sesekali takkan rugi selama mana kita mengganggap isteri tu sebahagian dari kehidupan kita dan bukannya menumpang hidup kita...
Nasihat dari seorang suami kpd suami yg lain...apa yg kita buat didunia yg akan menentukan timbangan kita diakhirat...
Untuk semua surirumah chill ya
"Kau ni jadi surirumah, x keje, x berniaga, xde pendapatan, kau tak takut kena tinggal dgn laki kau ke?"
Aik, kenapa nak kena takut plak? Kita yg bekerja ni, sbb tgh prepare utk nk kena tinggal ke? Kita yg berniaga ni, nak bagi ada duit sebelum kena cerai ke?
Pkir la yg baik2, yg positif...dia jadi surirumah itupun sebenarnya satu pekerjaan, cuma bezanya "pendapatan" dia bukan dlm bentuk wang ringgit, Allah "bayar" dgn "masa"....dia dapat tgok anak membesar depan mata dia, dpt jaga anak dgn sendirinya, dapat uruskan umahtangga dia sepenuhnya, dapat layan suaminya dgn sebaik mgkin...
"Masa bekerjanya" adalah utk suami dan anak2nya...
Awak yg bekerja, awk yg berniaga, betulkan la niat tu...awk bekerja, berniaga memg niat sebagai persediaan ke arah berpisah ke? kerana takut laki tinggalkan awk sehelai sepinggang, tanpa duit, tanpa apa2...?
Itu bunyi mcm awak tak yakin yg rezeki datang dari Allah...Allah dah berfirman dlm surah An Nisa, ayat 130, "Dia yg akan mencukupkan jika kedua2nya bercerai..."
Betulkan niat tu dulu, sebab setiap apa yg berlaku dlm hidup ni bermula dgn niat...so, xpyh la niat ke arah tu...keje dan berniaga, bagi ada pendapatan, tapi matlamatnya utk perkara lain, dan bukannya sebagai persediaan utk diceraikan, ditinggalkan...dan usah pertikaikan kenapa org lain x keje mcm awk, x berniaga mcm awk...walaupun awk ada pendapatan, itu bukan "lesen" utk awk nk menyibuk jaga rumahtangga org lain...
Dia pilih jalan dia, awak pilih jalan awak...
Tawakalnya dia terhadap rumahtangganya hanya Allah sahaja yg tahu...doakan yg baik2 utk dirinya dan diri kita...tak semua persoalan itu, perlu ada jawapannya...🙂
Jangan ikut budaya melayu, ikut apa yg nabi ajar
.
Cerita penceramah & pakar kaunseling rumahtanggTUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sgt bahagia bersama isterinya...
Katanya," Sy bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua...tu kerja saya...Isteri sy kata, "abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok"...kita sama2 kerja.
"Saya nak bagit ahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas...Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yg sy buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan sy tak malu mengaku.."
Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya..
😎suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn,
😎siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri,
😎siapkan rumah sampai suami yg jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,
Habis isteri?
Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka manis.
Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.
Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.
Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tgn pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?
Kita hari ni org Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam2, dlm hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas2 juga, sia2 saja.Last2 penat dpt, dosa pun dpt"
USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:
"Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya.
Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.
Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja d i rumah melayani kepentingan keluarga.
Jika isteri bekerja di luar rumah (sama2 mencari nafkah) , maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil"
Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.
Ikutlah acuan yg Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling bnyk senyum pada isterinya, yg paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya....
Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab.
Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dgn melihat senyuman, kecantikan dan kasih syg seorang isteri.
Adilnya Islam bila kita sama2 membantu...sama2 memuliakan antara satu sama lain.
SEMOGA ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA
#copypaste
#tqtolongkemasdapormlmni